Kalau hidup kerana Allah, alangkah indahnya
Sebarang suruhan dan larangan tidak ada masalah
Mudah bermujahadah, melaksanakan bahagia rasanya
Sebarang ujian mudah menerimanya
Jadikanlah Allah Taala matlamat hidup kita
Buatlah apa sahaja kerana keredhaan-Nya
Apa sahaja masalah rujuklah kepada-Nya
Tuhan akan menjaga dan menjamin kehidupan kita
Jadikanlah Tuhan adalah segala-galanya
Diri kita dan kepunyaan kita untuk-Nya
Suami, isteri dan anak-anak kita kerana-Nya
Tuhan akan membela nasib kita
Hidup untuk kita dan kerana kita tak bahagia
Sekalipun berkuasa, mewah dan kaya
Sudah banyak kita lihat orang yang tinggalkan Tuhan
Hidup porak-peranda sekalipun mewah hidupnya
Orang yang hidup kehilangan Tuhan
dengan keluarga tidak seia sekata
Betapalah dengan orang yang tidak ada kena-mengena
Kehidupannya sentiasa huru-hara
Kerana pergantungannya dengan benda semuanya yang rapuh
oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi